Kesusahan dan Kesenangan

January 26th, 2009 | Uncategorized | 8 comments

Kesenangan dan kesusahan…
Ibarat 2 laki bini,
Tidak mungkin terpisah antara dua,
Biasanya didatangkan dahulu,
Kesenangan dan kegembiraan,
Di beri rasa kepadanya,
Secebis nikmat dari beribu-ribu nikmat,
Dan bila jiwa itu tersenyum,
Ditimpa pula kepadanya dengan kesusahan,
Dan tidak datang kesusahan itu,
Melainkan dalam keadaan bertimpa-timpa,
Dan ditimpa kepadanya kesusahan,
Dengan sepenuh-penuhnya,
Ketika itu,
Hanya jiwa yang cekal,
Tinggal untuk memungut hasil,
Penat lelah mengharung kesusahan…

-K5/302-

Lagak Mu dan Akal Mu…

January 24th, 2009 | Mahasiswa | No comments

Lagaknya umpama profesur,
Lagaknya umpama doktur,
Lagaknya umpama insiniur,
Lagaknya umpama pendita besar.
Sayang jiwanya kosong…
Sayang hatinya santai…
Sayang kalbunya kalut…
Sayang akalnya mandul…
Bukan lagak yang menghancur kegoblokan orde asing,
Tapi akal jua,
Yang memerdekakan tiap-tiap jiwa yang terjajah…

-K5/302-

Ingat Mahasiswa, Bangkit Mahasiswa

January 18th, 2009 | Mahasiswa | No comments

Jika struktur masyarakat digambar pada jasad manusia,
Maka mahasiswa dan golongan muda itu umpama akal,
Jika rosak akal itu maka rosak seluruh jasad itu.

Tiada gunanya hati yang mulia,
Tiada gunanya lengan yang gagah,
Yang tinggal hanya satu jasad yang kaku,
Mudah dibawa orang,
Kekiri mereka maka mengiri lah ia,
Kekanan mereka maka menganan lah ia.

Tiada akal ertinya tiada jiwa,
Tiada akal ertinya tiada ideologi,
Tiada akal ertinya tiada harga.

Ingat mahasiswa,
Bangkit mahasiswa.

Pangkat mu paling tinggi,
Harga mu paling mahal,
Kaulah yang menentu arah negara.

Kau, bukan pak Menteri itu,
Kau, bukan pak Dokter itu,
Kau, bukan pak Jeneral itu,
Kau, bukan pemilik gedung itu.

Hanya kau, mahasiswa,
Hanya kau…
Dunia ini milik mu,
Tanpa mu dunia tak akan berubah…

Ingat Mahasiswa,
Bangkit Mahasiswa…

-K5/302-

Perihal Pertandingan Tilawah Al-Quran

February 4th, 2008 | Religion | No comments

Tilawah
atau membaca al-Quran adalah ibadat. Pembacanya akan diberi ganjaran yang
lumayan oleh Allah azza wajalla, jika niatnya ikhlas semata-mata keranaNya.
Justeru, kata “Pertandingan” tidak sesuai diguna pakai bagi Tilawah al-Quran.
Pilihlah ungkapan yang enak didengar, nyaman di akal budi, seperti kata “ujian”
atau sebagainya. Tetapi ungkapan “ujian Tilawah al-Quran” tidak menjamin
mendapat ganjaran yang lumayan di sisi Allah andai pembacanya (qari/qariah) itu
membaca kerana menunjuk-nunjuk atau mengejar johan dan hadiah yang berprestij
daripada pihak penganjur, atau membaca al-Quran, sedang mata hatinya buta dari
memahami apa yang dibaca, atau jiwa dan raganya tidak berminat mengutip
pengajaran dan peringatan ayat-ayat al-Quran yang dibaca, hanya berpada
mulutnya menyebut, mentarannum demi untuk seronok-seronok ssaja, sebab yang
demikian dikatakan mahjuran, sebagaimana yang dijelaskan pada ayat ke-30 dari
surah al-Furqan/25

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا
هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا (٣٠)

30. Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku
Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang
ditinggalkan, tidak dipakai".

Akibatnya,
mereka akan menyesal di akhirat nanti, seperti yang dipaparkan perilaku mereka
pada ayat ke-27 dari surah al-Furqan yang bermaksud, “Dan (ingatlah) hari
(ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya (jarinya kerana menyesali
perbuatan yang pernah dilakukan), sambil berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku
mengambil jalan bersama-sama Rasul”

Al-Khatib dan Ad-Dailami meriwayatkan hadis daripada Anas radhiallahu ‘anhu
bahawa Rasulullah saw pernah bersabda, Maksudnya,
“Akan tiba suatu masa yang memaparkan gaya hidup manusia; hartawan-hartawan
dari kalangan umatku, mereka mengerja ibadat haji kerana melancong, dan mereka
yang pertengahan pula melakukannya kerana perniagaan, mereka yang membaca
al-Quran kerana riak (atau beradu kehebatan), sementara mereka yang fakir
mengharapkan pemberian (tanpa usaha dan ikhtiar).”

Konklusinya, ujian Tilawah al-Quran diharuskan, jika peserta-peserta dan
penganjurnya ikhlas kerana Allah, dan berkesanggupan mengaplikasikan
ajaran-ajaran al-Quran di dalam penghidupan.

 

   

 

 

Kepentingan Meneliti Sumber Ilmu

January 19th, 2008 | Religion | No comments

Sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat
kita pada hari ini, menyebar sebarang berita atau riwayat berunsur
Islamik tanpa mengambil kira sumber bahan itu diperoleh. Bahan-bahan
ini sesetengahnya, jika diteliti dengan baik, hanyalah satu kisah
rekaan yang jelas tiada asas dalam agama Islam. Kecenderungan ni
sebenarnya dipengaruhi oleh keghairahan untuk berkongsi bahan-bahan
yang kononnya berunsur Islamik.

Perkara ini merupakan satu fenomena yang amat mengancam kesucian
Islam itu sendiri. Kerana kisah-kisah ini sebenarnya telah mengotori
kesucian agama Islam yang setiap sumbernya, yakni Al Quran dan
As-Sunnah, dipelihara melalui rangkaian sanad yang bersambung terus
kepada Rasulullah, wakil Allah di muka bumi. Kisah-kisah yang sering
menjadi pilihan untuk disebarkan sudah tentulah kisah-kisah alam ghaib.
Lebih menarik, apabila disertakan dengan kata-kata Allah sebagaimana
kisah ini:

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia…

Dia bertanya kepada Tuhan : ” Para malaikat disini mengatakan
bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana
cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?”

Dan Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih
berbahagia”

Menarik, bukan? Sebuah riwayat yang menceritakan perihal manusia
sebelum dibangkitkan ke muka bumi. Tapi, bagaimanakah kisah ini sampai
ke pengetahuan manusia? Siapakah yang meriwayatkannya? Jika diteliti,
tiada sebarang dalil Al-Quran mahupun As-Sunnah bagi menyokong kisah
ini. Kisah ini tidak lain hanyalah sebuah rekaan, yang dicipta bagi
memesongkan akidah umat Islam. Bukankah kanak-kanak kecil bermain-main
dalam taman Syurga itu merupakan budaya dalam agama Kristian? Firman
Allah,

Maka tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta
terhadap Allah atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. orang-orang itu akan
mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa Yang telah tersurat (bagi
mereka),
  (Al A’raf 7:37)

Kisah-kisah seperti ini, tidak ada kebaikannya untuk disebarkan
kepada khalayak umum. Dan sepatutnya, sumber kisah ini diperoleh
terlebih dahulu sebelum disebarkan. Lupakah kita bagaimana
ulamak-ulamak dahulu begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis?
Ulamak terdahulu tidak menerima bulat-bulat sebarang kisah atau riwayat
yang berunsur Islamik walaupun dari sudut akalnya betul, tetapi jka
sumbernya salah, maka riwayat itu akan ditolak. Para ulama sepakat
mengatakan tidak harus dijadikan sebagai hujah bagi menyabitkan
sesuatu, sebab ia tersenarai di dalam kategori “Muhdathat” atau perkara
baru yang diada-adakan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

“Adapun sesudah itu, maka sesungguhnya perkataan yang paling
benar adalah Kitab Allah (al-Quran), dan petunjuk yang paling mulia
lagi utama (selepas al-Quran) adalah petunjuk Muhammad (s.a.w.),
sementara itu perkara yang paling jahat ialah sesuatu yang diada-adakan
. (Ingat) setiap perkara yang diada-adakan itu adalah sesat, dan
tiap-tiap kesesatan itu (pasti dihumban) ke dalam neraka.”

[hadis riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu]

Kerana itulah kita sepatutnya bersikap lebih berhati-hati dalam
menyebarkan kisah seperti ini. Pahala yang dicari, namun dosa yang
diperoleh. Kisah-kisah seperti penciptaan dunia, penciptaan malaikat,
syaitan dan manusia, sering berlegar di kalangan masyarakat, tanpa
dijelaskan asal kisah tersebut. Lebih teruk, apabila disertakan juga
firman Allah, tanpa dinyatakan Hadis Qudsi atau ayat Al-Quran di mana
firman itu diperoleh. Bukankah firman itu wahyu? Siapakah penulis ini
yang mengetahui kata-kata Allah tanpa merujuk kepada Al-Quran dan
Hadis? Firman Allah,

Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka
dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka Bahawa mereka
orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
(Az-Zukhruf 43:37)

Begitu juga dengan kisah para wali. Kita selalu ghairah menceritakan
perihal wali ini dan wali itu terbang ke sana ke mari. Untuk apakah
diceritakan semua ini dengan berlebihan? Kenapakah kita terlalu
mendedahkan masyarakat dengan definisi yang salah mengenai karomah?
Jika kita bertanya kepada anggota masyarakat mengenai karomah, sudah
tentu mereka cenderung menjawab tentang kebolehan untuk terbang, solat
di air dan sebagainya.

Adakah karomah itu sekadar ini sahaja? Sudah lupakah kita dengan
kisah ulamak-ulamak muktabar? Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Nawawi,
contohnya, tidak pernah kedengaran kisah mereka terbang, tetapi,
karomah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka jauh lebih hebat dari
terbang. Karomah apa? Karomah akal yang hebat. Allah mengurniakan
mereka akal yang hebat bagi membolehkan mereka mengarang kitab muktabar
yang menjadi panduan umat zaman-berzaman. Kenapa karomah seperti ini
tidak dihighlightkan dalam penulisan?

Sudah sampai masanya bagi kita, menilai semula kesahihan kisah-kisah
yang kita baca. Zaman ini teknologi sudah hebat, dan kita boleh
bertanya kepada ulamak yang berada beribu-ribu kilometer jauhnya dari
rumah kita dalam masa yang singkat. Oleh itu, bertanyalah dahulu kepada
para alim ulamak, kerana sesungguhnya ulamak itulah pewaris para nabi,
yang meneruskan usaha para anbiya’, berusaha mengeluarkan manusia dari
kegelapan kejahilan. Firman Allah,

..oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(An-Nahl 16:43)

Sebelum menyebar sesuatu
perkara, seseorang itu perlu melakukan beberapa perkara berikut:

  • Mengesahkan kesahihan perkara tersebut di sisi syarak dengan ilmu
         nya yang sahih.
  • Jika tidak mampu, bertanya kepada orang yang lebih tahu.
  • Jika masih tidak mampu, wajib berdiam diri dari menyebarkan berita
         yang tidak sahih.

 

Abdulullah Ibn Mubarak pernah menyebut:
الاسناد من الدين ، ولولا الاسناد لقال من شاء ما شاء

“Isnad itu sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad maka orang akan berkata sesuka hatinya”.

Wallahua’lam

Muhammad Fuad Syazwan Ramli
Muslims For New World
29 Ogos 2007

 

SMKATJ Dalam Kenangan..

January 18th, 2008 | Sembang | 2 comments

“Memories of the past remains in the past but
as you make new memories in the present and walk towards the future,
the past is still simply, the best. ~ Mark Aaron A. Corrales ”

smka tok jiring.. sementoji..
seindah namanya, begitulah indahnya kenangan di sini..

tak pernah aku dapat kawan2 baik selama ni.
ripen, zamri, yusof, hasyimi, syafiq che, marwan, zul, udin.
ni semua kawan baik aku.
aku tak pernah ada kawan yang serapat diorg.
lebih2 ngan ripen, yusof, zamri.
x pernah aku ade geng yang baik mcm ni.
member aku, syafiq che.
ntah ape kene, memang aku ade chemistry ngan die.
dari form 2, mmg kitorg selalu je melekat.
mase fom 3, kitorg same2 turun kelas.
mase fom 3, kitorg je 2 org budak laki 3 as-saff yg kantoi x dpt 9A.
mase fom 4, kitorg dpt kelas sama masa minggu pertama.
kalau bukan sebab aku ambek akaun, mesti kitorg duk klas sama.
ripen, member baik aku.
mmg best kawan ngan die.
aku blajar mcm2 ngan die ni.
termasuklah camne nk pikat awek….
yusof, geng komputer.
semua masalh IT, semua aku tanye die.
same2 berpanas wat P motor kat PSM.
zamri, kawan motor.
mase kawan ngan die lah aku minat naik motor.
mase kawan ngan die gak la aku berjaya dpt 1A dlm math mod.

aku masih ingat mase fom 1, dpt naik pentas ambek hadiah.
wlupun x lah best sangat, tp utk sekolah yg besar, best pe.
dlm byk2 org, aku gak yg dapat.
pastu masa fom 5, dpt gak hadiah. untk subjek BI gak.
BI la satu2nye subjek yang aku dapat bange2kan.
yg lain sume hampeh..

mase aku fom 4, aku memang malas blajar.
subjek power aku, BI, memang teruk giler.
pertama kali dalam sejarah, aku dapat C untuk BI.
masa tu memang aku geram gile.
selama ni aku paling suka subjek BI.
sebab ni aje subjek yang aku boleh skor.
tp dek kerana alpa, aku gagal kekalkan kepoweran aku.
subjek paling aku benci, math masih wat aku sakit hati.
4 tahun, aku terbelenggu ngan subjek boring neh.

lepas dah bodoh mase fom 4 dlm subjek BI, akhirnye aku sedar.
aku study balek BI.
literature aku pulun betul2.
aku tolong cek karangan kawan2, walaupun aku pon byk yg salah.
aku baca balek basic2 BI.
akhirnye, dari TOV smpai trial, aku berjaya dpt number 1 dlm BI.
tp untuk kelas 5 an-nur la.
tp aku cukup terkilan sebab aku x dapat skor 1A untuk BI…
insyaAllah SPM aku dapat 1A.
paling aku gembira, masa dapat result trial math mod.
setelah berhempas pulas belajar,
lepas panas telinga diketawakan, akhirnye, aku dpat 1A.
mmg berdebar masa nk ambek paper sebab mmg usaha mati2an.
bila dpat paper, tengok 1A, betapa gembiranya masa tu..

masa sekolah ni lah jugak, aku kawan ngan pompuan.
x pernah g aku cakap ngan pompuan.
ntah hantu ape rasuk, akhirnye terjebak dlm cinta monyet..
pastu dpt pulak surat dari seseorg.
punye lah tak tahan gelak sbb ade gak org minat.
pdahal muke cam tembok je.
besame ngan ripen, selalu jer tengok perangai2 pelik budak pompuan tok jiring.
lpas tu mule lah nk kacau.
pdahal muke dah la x hensem, perangai pulak mcm setan.
ish3…
kat smka tok jiring jgk la, aku blajor yg kite xkan dpt semua yg kita impikan..

mase kat skolah ni jugak, aku rapat ngan cekgu2.
cekgu zul, ckgu kimia.
slalu cakap nk buat bom, tp x buat2.
memang ckgu yg rajin.
smpai sakit2 semata2 nk ajar anak2 murid yg bengap cam aku.
dpt tajuk sebijk2 pon still x dapat skor.
tcher wan hanizah, ckgu BI fevret aku.
mase blajar ngan die lah, aku slalu dpat tinggi BI.
wlupun kawan2 slalu ejek kate aku anak tcher, x kesah pon.
asalkan aku selalu dpt BI tertinggi.
fom 3 n fom 5 aku blajar ngan tcher wan hanizah.
mase fom 3 n fom 5 lah aku jd org nombor 1 BI dlm kelas.
cekgu fatimah, cekgu BM.
mmg best blajar ngan cekgu neh.
kalau tak kerana cekgu fatimah, aku takkan dpat jd naqib usrah.
kalau tak kerana dia paksa aku cakap depan kelas, mesti aku xkan cakap smpai abis skul.
lepas dari tu lah, aku gila nk bercakap..
ngan cekgu fatimah gak la aku dpat skor dlm BM.
tcher zuraini, tcher fizik.
ckgu yg klakar.
slalu jer cakap aku byk awek.
aduh….
still mengajar walaupun aku pernah ponteng kelas.
still ingat lagi dia cakap, “tcher pon ade anak lelaki. same je prangai cam awk”.
ckgu aziz, ckgu sejarah.
ckgu yg memang power dlm teknik mengajar.
semuanya sistematik.
siap ada borang lagi.
wlupun die x pernah cam aku dlm kelas, xpe lah.
asalkan aku dpat skor 1A untuk sejarah.
mase menengah rendah, aku selalu kantoi.
ntah camne mase menengah atas, jd subjek febret plak.
ustazah maimunah, ustazah syariah islamiyyah.
ustazah yg power.
walaupun ada perkara yg aku x setuju, tp dia masih seorang  yg hebat.
ustazah maznah, ustazah quran sunnah.
ujian hafazan yasin, mase fom 4 aku kantoi.
tp mase fom 5, alhamdulillah aku lulus.
rajin, baik, dan slalu bagi nasihat kat anak2 murid.
ustaz afendi, ustaz BAT.
ustaz yg hebat, tp die mengajar aku mase aku dah nyawa2 ikan..
hasilnya, aku kantoi BAT sepanjang masa…
ckgu zaimas, ckgu math mod.
isteri sepupu aku.
memang rajin gile mengajar.
wlupun garang, tp memang prihatin ngan anak2 murid.
ckgu fauziah, ckgu add math.
memang ckgu yg 2 versi.
sekejap garang giler, sekejap lawak giler.
tp memang best lah.
ajar smpai paham.
walaupun aku x paham2 logarithm..
ckgu tg rogayah, ckgu prinsip akaun.
ckgu yg paling rajin.
x de aku rase ckgu yg rajin mcm ni.
mmg x pernah putus asa ngan anak2 murid yg bengap cam aku.
still bagi harapan wlupun aku x pernah dpt skor akaun.
akhirnye, mase SPM, aku berjaya imbang dokumen sumber.
memang happy giler sebab 2 tahun study, tu la 1st time dpt imbang.
siap jawapn yg disepakati betul lak tu.

mase fom 5, aku dpat jd naqib usrah.
sume geng2 termasuk aku sdiri x cayer.
camne aku yg jahat bleh jd naqib.
naseb baik ade yusof, tolong aku mase sesi usrah.
kalau x, senyap mcm batu je la..

sume yg aku lalui mase kat smka tok jiring, x mungkin aku akan rasa kat tempat lain.
byk sangat kenangan yg aku lalui.
kalau boleh, aku nk duk balek fom 1.
lalui balek hidup sebagai pelajar tok jring..
kpd adek2, jgn lah sia-siakan peluang anda berada di smka tok jiring.
jgn lah berfikir nak pindah ke sekolah lain.
ape yg korg rase kat sini, korg x mungkin dapat cari kat skolah lain..

wallahua’lam..
fuad syazwan..
3.31 pagi jumaat 4 januari 2008..